Sejarah Penubuhan Sekolah Kebangsaan Kahang

Dataran Berbumbung Tapak Perhimpunan Tapak Perhimpunan Taman Permainan Kantin Wakaf Kantin Blok B Blok C Blok C




Sekolah Kebangsaan Kahang, Kluang telah dibina pada tahun 1948. Ia merupakan sebuah sekolah Melayu yang terletak di perkampungan Melayu. Majoriti pelajarnya terdiri daripada pelajar Melayu dengan Bahasa Melayu sebagai bahasa penghantarnya.
Pada awalnya, sekolah ini merupakan sekolah satu sesi dan setiap kelas hanya ada satu aliran. Sekolah ini unik kerana mempunyai cawangan.
Sekolah ini terus menampung pelajar yang semakin meningkat dan mula dikongsi bersama dengan pelajar Cina, India dan anak-anak orang asli yang mendiami kawasan yang berhampiran.
Sekolah Kebangsaan Kahang menjadi induk kepada 3 buah sekolah cawangan iaitu:

SK Punan

Terletak di perkampungan orang asli Kampung Punan kira-kira 50 km dari jalan utama ( Jalan Kluang-Mersing )- Sekarang telah beroperasi sendiri.


SK Ladang Sg Semberong

Terletak 24 km dari jalan utama (Jalan Kluang-Mersing). Masyarakat kampungnya terdiri daripada pekerja dan pengurus ladang sekitarnya. Sekarang telah beroperasi sendiri dan di dikenali sebagai SK Ladang Mutiara.

SK Ladang Sg Kahang
Terletak di Kampung Contoh Bt 22 setelah dipindahkan dari lokasi asal di Ladang Sg Kahang. Kini telah ditutup dan semua muridnya telah dipindahkan ke SK Kahang.


Pembinaan blok bangunan tambahan :
1973- Sebuah blok 2 tingkat dengan sebuah pejabat pentadbiran, 6 buah bilik darjah, 2 buah tandas murid dan 2 buah tandas guru siap dibina.
1982- Sebuah blok 2 tingkat dengan 8 buah bilik darjah dan 3 buah tandas telah siap dibina dan mula beroperasi.
1999- Sebuah blok 4 tingkat siap dibina dan menempatkan perpustakaan, makmal sains, bilik muzik, bengkel kemahiran hidup, bilik audio dan bilik komputer

0 comments:

Post a Comment

Ingin memberi komen...? Terima kasih namun di harapkan agar anda dapat menggunakan bahasa yang sopan dan komen yang membina.